Pages

Monday, 14 January 2013

Beberapa ikan yang kami dapat kail.





Ini lah tangkapan ikan yang bernama
Ikan Kursi Bali.
Ikan ini di kail di lautan Magpie dengan mengunakan kail spool. Berat ikan ini kira-kira 3 kilo.
Jika hendak di masak steam pun sangat enak atau masak asam pedas.












Ini pula ikan kurafu seberat 3 kilo lebih
yang kami dapat di lautan Magpie.
Ikan kurafu ini biasa nya kami dapati di dalam bubu yang Dato Hj Mike labuh di beberapa tempat.















 Dan ikan kursi bali seberat 3 kilo juga dikawasan yang sama. Kebanyak kan ikan kursi bali ini kami dapati melalui teknik kail yang kami panggil kail bajau.kami menggunakan kail bajau ini kadang-kadang memakai 3-7 mata kail.
Yang menyeronok kan lagi jika semua mata kail itu di makan , yang kadang-kadang kami mendapat 4 ke 5 ekor ikan sekali kail.







Beberapa ikan yang kami perolehi ketika itu. Bermacam jenis ikan yang telah kami kail dan dari bubu yang kami tarek.
.



Inilah video semasa mengail di lautan magpie dan sangat lah menyeronokan apabila mendapat ikan
yang lumayan besar nya.










Sunday, 13 January 2013

Mengail kawasan Lautan Champion dan Lautan Magpie




Assalamulalaikum kepada blogger-blogger yang di hormati sekalian.

Hello to all bloggers!

Di dalam blog ini kami ingin mengkongsikan beberapa pengelaman kami semasa kami mengail di Lautan Brunei yang sangat indah dan menawan ini.

Seperti yang kita ketahui juga , Lautan kita juga banyak ikan-ikan yang sangat
menarik dan unik.Tidak kurang juga ada ikan yang besar untuk kita buat kan hasil pendapatan seharian kita dan ada juga untuk kita jadikan makanan harian kita yang enak lagi menyegarkan.


       Kawasan larangan untuk mengail dekat plantar-plantar minyak yang terdapat di lautan brunei.




Ini lah dia Dato Hj Mike , Pengurus dalam bidang perkailan.
Beliau sedang melihatkan spool elektrik di kedai pancing.



Kami akan bertolak dari Pantai Jerudong selalunya pada awal pagi, sebab perjalanan kami memakan masa
selama 1 jam lebih, kadang-kadang membawa ke dua jam.
Perjalanan kami selalunya jarak 60km membawa ke 90km dari persisiran Pantai Jerudong. Jika ingin
mendapat ikan yang lebih besar, harus lah kami pergi lebih jauh lagi ke laut yang dalam atas panduan Gps dan pengelaman Dato Hj Mike.


Kami selalu nya akan turun beramai-ramai sekurang-kurang nya seramai
4 hingga ke 7 orang.
Seorang co-pilot mestilah tahu untuk
memandu mengikut panduan GPS
dan tahu melihat dimana ada nya
kawasan yang banyak ikan melalui
Fish Finder yang ada di pasang
di dalam boat kami.
Enjin 200 kuasa kuda sebanyak dua biji juga di pasang atas boat kami.
Amat lah menyeronok kan dengan kelajuan yang enjin ini berikan untuk boat sepanjang 30 kaki ini.



Gambar yang di atas ketika menurunkan boat , yang pakai cap hitam di panggil dengan nama glamour   bernama Bouy , beliau sedang memberi signal kepada driver kami untuk memastikan penurunan boat teratur dan berjalan dengan lancar.



Ini lah petikan video pendek ketika kami hendak turun kelaut bersama Dato Hj Mike , Pehin Shahbandi ,
Co-pilot Aref dan saya sendiri.
Ketika itu cuaca amat mengizin kan juga , kami turun pada pukul 800 pagi dari pantai jerudong menuju ke lautan Magpie.
suasana gembira terbayang pada kami ketika melihat laut yang membiru warna nya dan keadaan ombak laut yang sedikit beralun.
Berbekal kan kemahiran yang Dato Hj mike ada , kami selamat sampai ke distinasi yang kami tujui , dan kembali dengan selamat dengan membawa beberapa ekor ikan yang sungguh memuaskan hati kami juga.