Pages

Saturday, 26 January 2013

Perjumpaan antara ahli-ahli JBSE



Perjumpaan ahli-ahli JBSE 

Gambar ini telah berlalu sejak tahun 1982 lagi, di sini beberapa ahli JBSE maseh lagi menuntut 
di sekolah kejuruteraan jefri bolkiah kuala belait
di dalam bidang masing-masing.








Gambar di masa sekarang selepas berpisah selama 30 tahun , di mana
banyak perubahan telah banyak kami lalui.
















Hasil Ikan-ikan Tangkapan Kami


Beberapa ikan-ikan yang kami kail pada masa ujung bulan Disember 2012


Kekadang amat menyeronokan apabila mendapat ikan dua ekor sekali kail.
Pengalaman ini tidak dapat di lupakan bagi sang pengail.




Tidak kurang juga sahabat seperjuangan kita ia itu Tuan Shahbandi yang bersemangat apabila 
beliau mendapat kursi bali.



Clip seterus nya dua ekor Kurapu Bara yang sangat Unik.



Dan lagi di sini beberapa ekor tangkapan ikan Kursi Bali




                                         


Dari keseronok kan mengail itu kadang-kadang kami terlupa juga hendak berehat
di sebab kan oleh semangat yang ingin mendapat ikan itu terlalu berkobar-kobar , sehingga waktu makan pun terlupa. Itu lah kekuatan semangat mengail.


Akhir sekali sedutan video klip semasa membangkit bubu .


                                       

Alat Bubu ini lah yang di kira paling lumayan jika se biji bubu itu memperolehi beberapa
ikan yang paling terbaik , seperti ikan beberahan , kurapu , ikan merah dan sebagai nya..
Selalu nya ikan-ikan itu berat nya kurang dari 3 kilo.

Dengan semangat mengail ikan di laut dalam  oleh  terutama sekali Dato Hj Mike dan krew yang lain ,  hasil tangkapan ikan itu beliau dapat keuntungan yang tidak kurang juga hebat nya.

Thursday, 24 January 2013

Aktiviti membuat BUBU Laut


Aktiviti membuat bubu laut dalam

Satu lagi alat yang kami pakai untuk menangkap ikan adalah alat BUBU
Bubu yang kami buat ini bersais besar juga seperti yang akan kita lihat
di dalam gambar bawah ini.




Frame bubu akan di bungkus dulu dengan pagar batu sebelum membuat injap nya dan menutup belakang bubu itu.




Bubu yang sudah siap kami buat akan di pastikan lagi  keadaan nya.


Semangat kerja membuat bubu amat lah berbaloi jika bubu itu mengaut beberapa ikan yang besar-besar.




Petikan video klip ketika Mohd Ariff membuat pematrian frame untuk bubu.

                                        


Wednesday, 23 January 2013

Ahli-ahli yang bersama menjayakan Blog ini



                                        AHLI-AHLI JAWATAN KUASA BLOG JBSE

Semua senarai nama dan gambar yang ada di blog ini telah melibatkan diri dalam menjayakan dan menghasilkan Blog JBSE ini. Dan yang tersenarai di bawah ini telah mendapat SMS yang terbanyak dari sambutan penonton yang berada di Brunei.

Setelah kami berpisah selama 30 tahun lama nya , di sini kami telah bertemu kembali dengan personeliti
yang tidak kami duga setelah sekian lama kami tidak bertemu dan berjumpa.

Kebanyak kan member-member kami di sini sudah ada keluarga dan mendirikan rumah tangga batu.


                                      Gambar di bawah adalah Dato Hj Mike ( MickyHamy )

Pengarah dan Pengurus Hal Ehwal majlis perswastaan JBSE

Gambar di bawah ini pula Pehin Hj Shahbandy ( Bandy )
 Pengarah dan Penguasa jawatan kuasa swasta  JBSE

Gambar seterusnya Pehin Laila Hj Fadhel ( Kudil )
semasa beliau berumur 17 tahun
Yang ini pula gambar terkini Pehin  Laila Hj Fadhel
Pengarah majlis perundangan swasta JBSE

Yang ensem ini pula Pehin Pengiran Hassani ( PaPa San )
Pengarah juru audit swasta
                                         
                                           Gambar ini pula bernama Pehin Hj Junaidi ( Gjun )
Pengarah bidang Pemilihan swasta
                                           
                                   Gambar yang ini pula bernama Pehin HJ Mohd Ali ( Rafee )
Pengarah tetap perswastaan
semasa usia beliau baru naik muda

                   Gambar yang tidak kurang ensem ini pula Pehin Abdul Wahab Al Haj ( Hab )
Pengarah bahagian kegiatan Swasta luar

                                       Gambar seterus nya Pehin Hj Abd Rahman ( Amitz )
Pengarah perkapalan swasta

Yang ini pula gambar Pehin Hj Roslan ( Lanrose )
Pengarah pengekspotan  kayu Balak swasta
                                             
                                    Gambar di luar negara ini pula Pehin Hj Mahari ( Ray )
Pengarah Tourism keswastaan

       
                                             Gambar selanjut nya Pehin Hj Julaihi ( Tony)
Pengarah sumber-sumber keswastaan

                                           Gambar ini pula Pehin Pengiran Nooralim (PGA )
                                                        bersama Pehin Hj Julaihi(Tony)
Kembar jawa
Pengarah urusan swasta antara bangsa

                      Yang ensem dan berbaju biru ini pula Pehin HJ Abd Rahman ( Man Kribo )
Pengarah majlis meminang swasta

Gambar yang cute ini adalah Pehin Awg Zuady ( Joe )
Pengarah Ahli Masjid keswastaan

Pehin Zuady bersama Pehin Mahari
sedang menghadiri majlis pernikahan
Yang mereka sendiri bernikah..Ehem..


Gambar yang terbongsu sekali Pehin Mohammad ( Cruff )
Pengarah pemasaran ilmu ghaib bidang swasta

Gambar seterus nya Pehin Mohd Juni ( Juni )
Pengarah acara majlis VIP dan perswastaan

semasa beliau maseh muda remaja Rock Kapak 80an
                                           
                                            Gambar ini pula adalah Pehin Hamzah ( Zah )
Pengarah sempadan pengambilan swasta

Gambar ini di paparkan oleh Pehin Paduka Zaini ( zai )
Pengarah perhubungan antara swasta

Yang ini pula Pehin Maharfandy ( Fandy )
Pengarah perkongsian ahli swasta
 Dengan Gaya yang serias saja

Gambar ini yang ada background GHOST sebelah kiri nya adalah Pehin Hj Mohd Redzuan ( Wan )
Pengarah ahli pemilihan swasta
SERAMMM!! Yooo!!

Yang senyum menawan ini adalah orang kaya cina Pehin Ho chi minh ( HO )
Pengarah swasta negara cina
senyuman nya memang menawan siapa yang memendang nya

Yang ensem mengoda ini pula Pehin Mohd Adol ( Paula Adol )
Pengarah Hal ehwal dalam swasta jbse

Ini lagi kembar siam yang bernama Pehin Lokman ( Man )dan Pehin Hj Sadikin( Kent )
Berasal dari papua 
Pengarah kedutaan swasta luar negara


Dan ini pula Pehin Mohd Suhor

Beliau adalah Pengarah Hiburan Perswastaan yang termashor 
( BLACK GYPSY ROCKERS BAND GROUP )


Itulah sahaja yang tersenarai di dalam blog ini.
Jika ada ahli yang ingin menyumbangkan lagi gambar mereka adalah sangat di alu-alukan.



Selingan Video semasa kami turn ke laut dalam


Suasana laut sangat indah dan menawan.






Monday, 14 January 2013

Beberapa ikan yang kami dapat kail.





Ini lah tangkapan ikan yang bernama
Ikan Kursi Bali.
Ikan ini di kail di lautan Magpie dengan mengunakan kail spool. Berat ikan ini kira-kira 3 kilo.
Jika hendak di masak steam pun sangat enak atau masak asam pedas.












Ini pula ikan kurafu seberat 3 kilo lebih
yang kami dapat di lautan Magpie.
Ikan kurafu ini biasa nya kami dapati di dalam bubu yang Dato Hj Mike labuh di beberapa tempat.















 Dan ikan kursi bali seberat 3 kilo juga dikawasan yang sama. Kebanyak kan ikan kursi bali ini kami dapati melalui teknik kail yang kami panggil kail bajau.kami menggunakan kail bajau ini kadang-kadang memakai 3-7 mata kail.
Yang menyeronok kan lagi jika semua mata kail itu di makan , yang kadang-kadang kami mendapat 4 ke 5 ekor ikan sekali kail.







Beberapa ikan yang kami perolehi ketika itu. Bermacam jenis ikan yang telah kami kail dan dari bubu yang kami tarek.
.



Inilah video semasa mengail di lautan magpie dan sangat lah menyeronokan apabila mendapat ikan
yang lumayan besar nya.










Sunday, 13 January 2013

Mengail kawasan Lautan Champion dan Lautan Magpie




Assalamulalaikum kepada blogger-blogger yang di hormati sekalian.

Hello to all bloggers!

Di dalam blog ini kami ingin mengkongsikan beberapa pengelaman kami semasa kami mengail di Lautan Brunei yang sangat indah dan menawan ini.

Seperti yang kita ketahui juga , Lautan kita juga banyak ikan-ikan yang sangat
menarik dan unik.Tidak kurang juga ada ikan yang besar untuk kita buat kan hasil pendapatan seharian kita dan ada juga untuk kita jadikan makanan harian kita yang enak lagi menyegarkan.


       Kawasan larangan untuk mengail dekat plantar-plantar minyak yang terdapat di lautan brunei.




Ini lah dia Dato Hj Mike , Pengurus dalam bidang perkailan.
Beliau sedang melihatkan spool elektrik di kedai pancing.



Kami akan bertolak dari Pantai Jerudong selalunya pada awal pagi, sebab perjalanan kami memakan masa
selama 1 jam lebih, kadang-kadang membawa ke dua jam.
Perjalanan kami selalunya jarak 60km membawa ke 90km dari persisiran Pantai Jerudong. Jika ingin
mendapat ikan yang lebih besar, harus lah kami pergi lebih jauh lagi ke laut yang dalam atas panduan Gps dan pengelaman Dato Hj Mike.


Kami selalu nya akan turun beramai-ramai sekurang-kurang nya seramai
4 hingga ke 7 orang.
Seorang co-pilot mestilah tahu untuk
memandu mengikut panduan GPS
dan tahu melihat dimana ada nya
kawasan yang banyak ikan melalui
Fish Finder yang ada di pasang
di dalam boat kami.
Enjin 200 kuasa kuda sebanyak dua biji juga di pasang atas boat kami.
Amat lah menyeronok kan dengan kelajuan yang enjin ini berikan untuk boat sepanjang 30 kaki ini.



Gambar yang di atas ketika menurunkan boat , yang pakai cap hitam di panggil dengan nama glamour   bernama Bouy , beliau sedang memberi signal kepada driver kami untuk memastikan penurunan boat teratur dan berjalan dengan lancar.



Ini lah petikan video pendek ketika kami hendak turun kelaut bersama Dato Hj Mike , Pehin Shahbandi ,
Co-pilot Aref dan saya sendiri.
Ketika itu cuaca amat mengizin kan juga , kami turun pada pukul 800 pagi dari pantai jerudong menuju ke lautan Magpie.
suasana gembira terbayang pada kami ketika melihat laut yang membiru warna nya dan keadaan ombak laut yang sedikit beralun.
Berbekal kan kemahiran yang Dato Hj mike ada , kami selamat sampai ke distinasi yang kami tujui , dan kembali dengan selamat dengan membawa beberapa ekor ikan yang sungguh memuaskan hati kami juga.